« sibuk aje. | HomePage | just a thought »

03/21/2008

tukar angin

semalam dapat jemputan minum petang bersama rakan lama.
mula-mula ingat nak makan tengah hari, tapi dah sempat habiskan chicken lasagna untuk makan malam sebelumnya.
kononnya yang cuba 'cooking with love' untuk suami.
Nasib baik percubaan menjadi.
akhirnya Starbucks menjadi pilihan. H datang bersama komputer riba dan sebotol minyak wangi Victoria Secret yang dibeli dari Manhattan.
Seronok!!
Hajat si H nak bertanya tentang prospek menjadi penjawat awam. aku cepat-cepat bagi saranan, isi borang SPA-8 online.
Hairan juga setelah hampir 4 tahun berkhidmat di firma swasta, hatinya tergerak untuk memohon skim PTD.
Mungkin juga seronok melihat aku bekerja barangkali. Ya, katanya aku 'workaholic' , sentiasa mendahulukan kerjaya walau apapun yang berlaku.(sigh)
jadi petang itu kami berbualbicara, aku menerangkan persediaan yang perlu dilakukan.
dan aku juga bertanya, mengapa tidak mahu terus bekerja di tempat sekarang? reputasinya menjual produk mewah, taraf antarabangsa yang nilainya hampir mencecah jutaan ringgit.boleh menyarung busana moden, makan di tengah-tengah kota dan punya networking yang hebat.
katanya, melalui pemerhatiannya, ketika berkunjung ke pejabatku baru-baru ini, dia menyedari kakitangan awam ini rajin bekerja.
katanya lagi ;
"they have so much passion in their job, regardless of their position. i am very amazed."
dan punya masa depan cerah.  H melihat diriku seperti sangat berpuas hati dengan kerjaya dan pencapaian sendiri.
dan petang itu, aku berfikir sejenak. mungkin benar juga kata H.
Ketika ini masih ramai lagi sahabat-sahabat kami masih mencari kerjaya, dan bertungkus lumus bekerja. Belum tentu pengorbanan yang diberi setimpal dengan apa yang diberi.
Dan apa yang diperolehi sekarang bagiku, adalah suatu kepuasan. Mungkin soal wang bukan motivasi, tetapi pencapaian, penghargaan dan sokongan keluarga dalam memahami pengorbanan ini sangat aku hargai.
Ayah sendiri, sangat passionate tentang kerjayanya. Walaupun sudah bersara dan menjawat jawatan kontrak, masih bekerja keras seperti mana beliau menjadi penjawai awam dahulu.
Aku tidak mahu pasang angan-angan tinggi. Tetapi masih mahu pasang strategi untuk beri yang terbaik.
Selamat berjaya untuk H. Mungkin ada rezeki, dapat join the club tak lama lagi.

15:33 Posted in Leisure | Permalink | Comments (2) | Email this

Comments

kalau wang tidak menjadi motivasi kerja yang utama, pasti anda akan sukakan cabaran berkhidmat untuk negara! kepuasan yang sukar dijelaskan ...

Posted by: syakira | 04/02/2008

kalau tukar angin, biar untuk kepuasan atau keuntungan, baru berbaloi...

Posted by: erra | 04/07/2008