« what to bring to sabah | HomePage | this is me, today. »

04/21/2008

buntu

Hari-hari menulis seronok.

Sebenarnya, rasanya tak perlu la nak berkira sangat bila ketua bagi banyak kerja adhoc. Cuma terkilan sedikit, kerja semasa pun tak bersentuh bila nak buat kerja adhoc ni. Bila nak buat priority list, kerja A priority untuk bos A, kerja B  priority untuk boss B, dan kerja C priority untuk boss C. Aiyaa...banyaknye boss aku!Yang mana satu nak ikut ini? Kalau abandon satu, dia boleh sabo dalam LNPT nanti. Dah pernah kena dulu, sebelum naik pangkat. Sampai sekarang rasa tak layak nak apply HLP. Nasib.

Cuma, kesian tengok muka suami tu bila dia dah tarik muka bila mula buka fail lepas makan malam.Bila dah jenuh basuh baju, kemas, dah puas hati dengan kondisi rumah, cepat -cepat datang duduk di sebelah suami. hajatnya nak temankan dia menonton tv, tetapi  akhirnya khusyuk mengadap fail-fail kerja sambil sekali sekala merenung dinding kosong.

mindaku sekosong dinding rumahku.

akhir-akhir ini terlalu banyak persoalan diajukan tentang biasiswa oleh pembaca-pembaca di akhbar. kalau satu hari aku perlu mengerah otak untuk buat ulasan akhbar tentang penawaran , esoknya ada pula aduan tentang surat pekeliling jpa yang tidak jelas, sudahla aku perlu buat analisis untuk penerangan kepada perkara itu, dan yang terbaru, isu pengiktirafan kursus dan ijazah bagi melayakkan seseorang itu dilantik ke perkhidmatan awam. Aku cuma ada beberapa jam untuk mencari maklumat dari desk officer yang barangkali sudah 2 tahun melakukan kerja-kerja itu. Yang paling mencabar, mencari permasalahan dan bagi aku yang menulis, untuk memberi suggestion and recommendation.

Satu hari salah seorang boss datang ke mejaku, sambil memberi komen tentang ulasan yang disediakan,

"you see, sometimes we cannot afford to be nasty to  public,no matter how wrong the person is.

and how harsh they wrote to us".

Dalam hati, mungkin ada hikmah aku  belajar linguistik di universiti, I tend to understand better and be more alert in choosing the words.

hari ini, komen pembaca tersiar di akhbar lagi. macam biasa, kerja utk SKT dah menimbun,belum bersentuh lagi.

Nampaknya kena juga buat ulasan lagi.